Relation is... just "HELLO" and never ended with "GOODBYE"

Thursday, October 15, 2009

~~~aku hanya seorang insan~~~

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalaam air begitu saja... Kerana ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga.... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.... Setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kita menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang..... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk kamu. Mengenyangkan,Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain... Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

murni mokhtar 04102009

No comments: